Diploma Pengajian Islam 2021 Per Subjek - Sem 1

MYR 80.00



Share this

Program ini disusun untuk mereka yang ingin meningkatkan kefahamanan tentang asas ilmu agama. Diploma Pengajian Islam ini yang merupakan program lanjutan kepada Asasi Pengajian Islam adalah pengajian yang berstruktur yang berdasarkan Al-Quran dan Al-Sunnah menurut kefahaman Salafus Soleh (Ahli Sunnah wal Jamaah).

يَرۡفَعِ ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ مِنكُمۡ وَٱلَّذِينَ أُوتُواْ ٱلۡعِلۡمَ دَرَجَٰتٖۚ

Nescaya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat.” (QS. Al-Mujadilah ayat 11)

 Rasulullah sallallahu alaihi wa sallam bersabda:

مَنْ يُرِدِ اَللَّهُ بِهِ خَيْرًا, يُفَقِّهْهُ فِي اَلدِّينِ

“Siapa yang dikehendaki kebaikan yang banyak oleh Allah, nescaya akan difahamkan perihal agamanya.” (Sahih al-Bukhari no. 71 dan Sahih Muslim no. 1037)

 Kelas bermula: 3 Julai 2021

Hari: Sabtu & Ahad

Masa: 2.15 - 5.35 ptg

Mode pengajian: Online dan Onsite

Tempat: Yayasan Ta'lim, Taman Tun Dr Ismail

Tempoh Pengajian: 4 Semester (2 tahun)

SYARAT KELAYAKAN

1)      Boleh berkomunikasi dalam Bahasa Melayu

2)      Berumur tidak kurang daripada 18 tahun

3)      Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf

4)      Mempunyai minat yang tinggi untuk mendalami ilmu agama Islam

 Pelajar akan belajar:

·         Silibus berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah

·         Asatizah yang bertauliah dan berpengalaman

·         Teori dan praktikal serta mengupas isu-isu semasa

·         7 subjek dari cabang Aqidah termasuk Manhaj, Perbandingan Agama dan Firaq



Become our customer and submit your review. Register now