Umat Islam: Lain Dulu, Lain Sekarang
Weight: 0.02 Kg

MYR 25.00

Require Shipping

Share this

HADIAH TERBAIK

Akidah atau iman adalah asas agama Islam, kerana itu mencari akidah yang hak dan berpegang teguh dengannya menjadi wajib atas setiap individu muslim.

Saranan untuk menilaikan semula akidah dibuat berdasarkan realiti bahawa akidah pegangan majoriti umat Islam termasuk dalam masyarakat kita, telah berkurun-kurun mengalami penyakit yang kronik yang melanda  akidah mereka, yang ternyata bercampur baur antara hak dan batil.

Islam yang sampai ke Nusantara ini bukanlah dalam bentuk wajah asli dengan tauhid yang suci,  tapi dengan wajah dan tauhid yang sudah tercemar. Sejak kedatangan Islam dirantau ini, tauhid dan syirik saling berkompromi dalam akidah dan amalan masyarakat. Kerana keadaan ini sudah lama bersebati dalam jiwa dan berdarah daging tentu menyisih kebatilan ini perlu kepada usaha yang gigih. 

Buku ini diharap menjadi permulaan usaha dalam menyingkap kebatilan tebal yang melitupi akidah umat Islam yang diterima secara warisan, di Nusantara khususnya di Malaysia. Kebatilan harus “disiat” satu persatu sehingga yang hak benar-benar terserlah.

Tujuan asas penulisan ini juga ialah untuk membangkitkan kesedaran tentang bahaya ini, kerana kesahihan/kerosakan akidah yang menjadi penentu sama ada seseorang itu akan berakhir di Syurga atau Neraka. Usaha pemulihan mesti dilakukan segera, sekarang, sementara usia masih ada.

***

Penulisnya ialah seorang graduan bidang Usuluddin dari Universiti Ummul Qura, Mekah. Di samping menulis, beliau juga merupakan pendakwah bebas yang mempunyai pengetahuan dan pengalaman luas dalam pengajaran akidah Islam.



Become our customer and submit your review. Register now